CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 12, 2009

Cinta

Bertanya sendiri pada hati
mengapa wujud rasa ini
kadang..
hilai tawa memenuhi dunia
kadang pula..
tangisan jernih pengubat duka jiwa

bertanya lagi pada hati
bagaimana wujud perasaan ini
sedang ia datang tanpa dipinta
sedang ia pergi tanpa berita

bertanya lagi pada hati
apakah maksud sebenar perasaan ini
hati berdebar ketika bersama
sayu apabila tiada di depan mata
rindu bila tiada senyumannya
kelu berbicara dengannya

bertanya lagi pada hati
apakah mungkin dia juga punya perasaan ini
apakah dia memahami makna perasaan ini

bertanya pula pada diri
apakah pengakhiran cerita ini
adakah gembira seperti di impikan?
atau ditinggal di tengah jalan?
akan sesatkah diri dalam mencari kebahagiaan?

akhirnya terpaksa memujuk diri
terpaksa menyedapkan hati
bahawa cinta tak semua suci
tak semua yang diharap menjadi realiti
kebahagiaan dicari pasti disulami 1001 dugaan
dugaan yang akhirnya akan menjadi kekuatan

yang pasti
harus sabar dan tabah menjalani
menunggu dan berdoa pada illahi
agar dikurniakan kebahagiaan yang dicari
dijauhkan dari perkara yang menyakiti
dan moga kebahagiaan
mahupun kekecewaan
tidak sesekali melalaikan diri
dari cinta yang paling suci
CINTA PADA ILLAHI

No comments: