Thursday, November 24, 2011

Go Genting 2011 with Diva La Familia

Thank to my dearest sister, sanggup belanja all of us termasuk Mr. Boyfie ke Genting. Yang tak best, HUJAN!! But yang sangat best, the wheather is EXTREMELY FREEZING COLD!!!

But anyhow, even tak ride any thrilling rides there, i had really great time with my family and him...

Sorry sistah Lieza, Maisara and Suria.. End of this month kita buat trip okeh :P

There's me, mama, kakak, Azril, Aliff, Farish, Farhan and Farisya...Photographer: Mr. BF. We q'd up for 1 hour baru dapat naik cabel car...


Me and dearest Farisya...


Again me and Farisya

Diva La Familia....


Muka apam yang wajib ado... wakakaka...


Mata hati

I've been really busy these few weeks, but it doesn't  fades away my sadness. Still, after months of waiting, there's still no hopes for me to see abah. Devastated!

BTW, got this from a friend thru email.

Jika diletak satu titik hitam di atas sehelai kertas putih bersaiz A4 dan kita tunjuk pada orang, lalu kita tanya, "apa yang kamu nampak? "
Pasti ramai yang menjawab;
“ Saya nampak titik hitam di atas kertas putih itu.”
Pasti tidak ramai yang menjawab;
“ Saya lihat kertas A4 putih dan di atasnya ada titik hitam.”
Mengapa? Sebab mata kita selalu tertumpu kepada benda yang tidak banyak. Benda yang bukan kebiasaan. Begitu juga dalam hidup dan kehidupan. Manusia sering menilai yang sedikit berbanding yang kebiasaan. Manusia mudah melihat yang negatif berbanding yang positif.
Adakah ini dikatakan ilusi optik?
Adakah pandangan manusia kepada kehidupan seperti ilusi optik?
Sama juga kita dalam bersahabat. Kadang-kadang kita tak selesa dengan kawan kita dan kita bertindak diluar jangkaan. Bertindak mengikut nafsu yang meronta memaksa diri bertindak sebaliknya. Kita sering menilai sahabat sebaliknya. Hari-hari yang kita lalui yang penuh saat manis bersama mampu kita lupakan hanya dengan rasa sakit hati dan tak puas hati. Sungguh tak wajar.
Begitu juga yang selalu terjadi di dalam masyarakat hari ini, katakan ada seorang individu yang banyak melakukan kebajikan, kebaikkan, namun disebabkan oleh satu kesilapan yang mungkin tidak disengajakan, orang akan hanya suka menyebut-menyebut kesilapan yang satu itu sahaja dan melupakan ribu-ribu kebajikan yang selalu dia lakukan. Adilkan kita menilainya begitu?
Ini menunjukkan manusia lebih selesa mencari salah orang lain daripada menghargai kebaikkan yang dibuat. Sama seperti mana mata kita sering tertipu dengan pandangan satu titik hitam di atas sehelai kertas A4 warna putih.
Oleh itu jangan sekali-kali kita tertipu dengan pandangan mata. Ibarat lagu yang selalu kita dengar, nyanyian kumpulan Hijjaz.

Pandangan Mata Selalu Menipu


Pandangan Akal Selalu Tersalah


Pandangan Nafsu Selalu Melulu


Pandangan Hati itu Yang Hakiki


Kalau Hati itu Bersih

 
Hati Kalau Terlalu Bersih


Pandangannya Kan Menembusi Hijab


Hati Jika Sudah Bersih


Firasatnya Tepat Kehendak Allah


Tapi Hati Bila Dikotori


Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran




Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah


Jasad Lahir Tumpuan Manusia


Utamakanlah Pandangan Allah


Daripada Pandangan Manusia.



p/s: semoga mata hati serta jiwa mampu menirima setiap qada' dan qadar yang telah ditentukan Illahi. Dan aku amat berharap agar aku tidak akan kehilangan diri dan jiwa tak akan lemah menempuhi kehidupan.

Wednesday, October 5, 2011

Rindu datang lagi

Jujur aku tak mintak rindu datang..
Aku tak mintak mimpikan dia siang dan malam...
Aku taknak asyik terbayang wajah tua itu...
Tapi aku tak sanggup lupakan asal usul aku ke dunia,
Aku tak mampu nak hilangkan rasa kasih pada dia...

Tujuh bulan berlalu,
Kenapa masih susah untuk terima hakikat???

Dek kerana staff di ofis semua attend PSC Engagement Session di hotel apa tah, aku pulak melayan perasaan. Damn!! This is how it feels like when your no longer be needed by the ones that you need most. Teringin aku sebut four letter word tu, tapi azam tahun baru adalah KATAKAN TAk NAK PADA MENCARUT!

Disebabkan hari ni memang tak ada kerja lansung, aku belek balik entry pertama blog aku ni sampai paling latest. Ramai yang hadir dalam hidup aku, mewarnai kisah aku. Suka duka, kawan atau lawan, masing-masing dah  berjasa pada aku. Jujur, bukan aku tak rindu pada setiap insan yang pernah aku sebutkan dalam entry-entry yang lama dulu. Walau yang dah jadi lawan, jujur aku rindu kerana sebelum menjadi lawan, insan-insan ini merupakan antara sahabat baik aku. Aku tak kan sesekali lupa segala kenangan pahit manis bersama kerana mereka ini juga dah menjadi sebahagian dari hidup aku.

Aku nak berubah sangat, untuk tidak menjadi seorang yang berdendam dan menjadi seorang yang lebih senang memaafkan orang.

Entah kenapa entry kali ni rasa macam orang tengah datang bulan,moody semacam. Dah 2 minggu aku macam ni. Kenapa jadi seorang yang grumpy????? Moody?????

BTW, saja nak share muka apam aku di petronas...


Gambar PassCard aku... Serius macam apam kan?? Damnn!!!

Wednesday, September 14, 2011

genap dua bulan di Petronas..Macam2 yang aku belajar. Almaklumla. tak pernah jadik secretary, tibe2 masuk pertonas terus jadik secretary to GM. Tinggi jugak expectation puan pada staff die. Hopefully aku dapat jalankan tugas aku dengan sebaik mungkin walaupun sedang berdepan dengan dugaan terhebat dalam hidup aku. Hilang seorang lelaki yang bergelar ayah, amat memeritkan. Hanya Allah swt yang tahu ape yang aku rasa. Tak mampu aku ungkapkan dengan kata2.

Ya allah, semoga engkau kuatkan iman aku, tabahkan hati aku dalam menghadapi dugaan Mu ini.


Friday, September 2, 2011

Kepulangan yang dinanti

Yup, dah raya ke 3. Tapi abah masih tak kembali.

Pagi raya pertama, masa nak snap family picture, semua sayu cuz tiba2 kurang sorg...tmpt yg abh slalu duduk skang mama dh amik alih.. sedih mengenangkan abah.

Tapi agak2 abah ada tak rasa mcm kitorg rasa??

Patut ke kitorg masih mengharap abah kembali?

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Pertama Tanpa ABAH....

Ramadhan dah masuk minggu ketiga...
Hati masih berdoa agar ABAH kembali...

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Hari Bapa

Ada depan mata tapi masih tak nampak,
Masih bersuara, tapi sumpah tak lagi kedengaran.

Masih bernyawa, tapi sumpah diabaikan.

Kasih yang tak pernah putus,
sayang yang menggunung,
harapan untuk ucapkan sendiri "Happy father's day...ABAH...",
tak mungkin akan kesampaian.
Hanya dapat aku ungkap didalam hati,
dan ingin aku sampaikan kata-kata rindu buat ayahanda yang tercinta,
bahawa anak mu ini sangat memerlukan kamu.
bahawa adik-adik ingin sekali bertemu dengan mu.
Farish, Farhan dan Farisya tak pernah berheti menanyakan dimana TOK AYAH mereka.
yang mama tak pernah walau semalam pun tidur tanpa ditemani airmata.

Ya Allah,
betapa rindunya aku pada ABAH.
betapa aku rindukan suara ABAH.

Lima hari lagi, genap umur aku 24 tahun.
Pertama kali hari lahir aku tanpa abah di depan mata.
Macam mana ramadhan aku tahun ini?
macam mana syawal aku nanti?

Ya TUHAN...
kuatkan iman kami, tabahkan hati kami.
Semoga ada sinar untuk kami.
amin...

Thursday, June 2, 2011

Teruskanlah

Menjadi pegangan kebanyakan manusia, walau 1001 dugaan dan cabaran melanda, pasti akan sentiasa berkata pada diri sendir, "hidup mesti diteruskan walaupun....".

Aku dah pernah melalui macam-macam cabaran seta liku-liku hidup. Kadang aku di atas, dan kadang-kadang aku dilenyek di bawah. Dan alhamdulillah, walaupun aku selalu ditimpa musibah, aku berjaya pulihkan semangat aku, i've manage to stand up again.

Tapi apa yang terjadi kali ini, aku ragu dengan keupayaan diri aku. Berkali-kali aku kata pada diri agar bangun dan teruskan hidup, tapi kenapa susah sangat nak berdepan dengan realiti when it comes to my own family issues?

Wednesday, May 25, 2011

Mencari NUR....

Yup! Aku sedang mencari NUR- cahaya yang aku harap dapat menerangi hidup aku. Kehilangan seseorang yang aku kenal sejak aku lahir ke dunia ini, bukan sesuatu yang boleh aku terima dalam masa yang singkat. Walaupun beliau masih hidup, tapi jujur aku katakan bahawa aku telah hilang seorang ayah, aku tak dapat rasa lagi kasih dia pada aku atau adik-beradik yang lain.

Ya! Sedih... Kecewa... Hancur sudah hati kecil si anak yang baru nak kenal dunia bila dapat tahu ayahnya tak kan kemmbali lagi ke pangkuan keluarga. Ya allah, berat ujian yang kau beri pada ibuku dan keluargaku.

Tak sanggup rasanya melihat airmata dari mata ibu tua itu mengalir tak henti tiap malam kerana merindukan si suami yang tak kunjung tiba. Tak sanggup bila si kecil bertanya dimana Tok Ayah yang sudah lama tak jumpa. Sedih hati, pilu bila mengenangkan yang aku tak mungkin bersua lagi dengan abah.

Sudah! Jangan lagi di tangis orang yang tak mengingati kau lagi!

Aku mohon agar DIA tabahkan hati keluarga aku, tenangkan jiwa kami... serta berikan NUR pada kami, agar kami dapat mencari jalan yang KAU redhai...amin.

Monday, April 18, 2011

Akibat mulut, badan binasa.

Lama sangat dah rasanyatak post apa-apa di blog. Takda lagi masa lapang macam waktu study dulu. Tapi bila terdengar dari kawan-kawan tentang perempuan yang suka meroyan tu post something yg menyakitkan hati kawan-kawan yang membaca, maka terpanggil jari-jemari ni untuk post sesuatu tentang: Jagalah mulut dan diri anda supaya jangan jadi lancang sangat dan KIASU.

Kelakar bila orang sibuk bagitahu satu dunia bahawa dia dan ramai lagi menjadi mangsa. (sedangkan 2org je kot??) Padahal aku dan kawan-kawan aku lebih ramai yang terkena dengan mulut manis si meroyan. Tak apalah, biar orang kata kita jahat kan? Sebab dia 'teramat' la baik sehingga sanggup mencerca ibubapa orang lain, serta orang2 yg die panggil KAWAN. Best kan dapat kawan seperti ini?

Sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan manusia sedemikian rupa. Alhamdulillah, aku telah belajar dari kesilapan- jangan mudah percaya pada mulut *@#$! seperti dia.

Dan aku amt bersyukur juga, kerana usaha si meroyan untuk memecah-belahkan aku dan sahabat2 aku tidak menjadi. Ya, aku mungkin hilang seorang kawan (tapi tak rugi kerana insan tersebut mengharap kan sesuatu yang tak patut), manakala sahabat2 yang lain masih setia dgn aku. Terima kasih si meroyan, kerana apa yang kau buat telah mengeratkan lagi persahabatan aku dan mereka. SYABAS!

BTW, hanya Allah swt yang benar2 tahu apa sebenarnya yang terjadi. Tapi if u still insist nak kecoh bahawa kau telah jadi mangsa keadaan, silakan. Kiamat menanti, hukuman yg pasti.

Renungkan2 dan selamat beramal..

P/S: dulu pandai mengata orang, buat dosa itu la, ini lah,"i takkan buat semua tu...", "i tak suke sentuh2 laki.."...huhuhu, WTF lah kan...lain kali jangan mengata oran sbb kadang2 kita yg lebih nanti....