Jujur aku tak mintak rindu datang..
Aku tak mintak mimpikan dia siang dan malam...
Aku taknak asyik terbayang wajah tua itu...
Tapi aku tak sanggup lupakan asal usul aku ke dunia,
Aku tak mampu nak hilangkan rasa kasih pada dia...
Tujuh bulan berlalu,
Kenapa masih susah untuk terima hakikat???
Dek kerana staff di ofis semua attend PSC Engagement Session di hotel apa tah, aku pulak melayan perasaan. Damn!! This is how it feels like when your no longer be needed by the ones that you need most. Teringin aku sebut four letter word tu, tapi azam tahun baru adalah KATAKAN TAk NAK PADA MENCARUT!
Disebabkan hari ni memang tak ada kerja lansung, aku belek balik entry pertama blog aku ni sampai paling latest. Ramai yang hadir dalam hidup aku, mewarnai kisah aku. Suka duka, kawan atau lawan, masing-masing dah berjasa pada aku. Jujur, bukan aku tak rindu pada setiap insan yang pernah aku sebutkan dalam entry-entry yang lama dulu. Walau yang dah jadi lawan, jujur aku rindu kerana sebelum menjadi lawan, insan-insan ini merupakan antara sahabat baik aku. Aku tak kan sesekali lupa segala kenangan pahit manis bersama kerana mereka ini juga dah menjadi sebahagian dari hidup aku.
Aku nak berubah sangat, untuk tidak menjadi seorang yang berdendam dan menjadi seorang yang lebih senang memaafkan orang.
Entah kenapa entry kali ni rasa macam orang tengah datang bulan,moody semacam. Dah 2 minggu aku macam ni. Kenapa jadi seorang yang grumpy????? Moody?????
BTW, saja nak share muka apam aku di petronas...
Gambar PassCard aku... Serius macam apam kan?? Damnn!!!
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment