CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 21, 2009

Pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris

saya telah lama mengikuti blog YAB Tu Dr. Mahathir Muhammad.
semalam, saya baca blog beliau bertajuk :

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 2

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html

saya amat kagum dengan cara pemikiran Tun. berapa kerat melayu diluar sana yg berikiran seperti Tun?

saya sokong idea Tun. ada baiknya pembelajaran subjek matematik dan sains diajar menggunakan bahasa inggeris. ada diantara mereka diluar mengatakan bahawa cara ini agak mendiskriminasikan bahasa kebangsaan; bahasa melayu, mengkhianati bangsa, mengakibatkan melayu lupa asal usul, menghilangkan minat si pelajar dan berbagai lagi dihujahkan untuk menjadi alasan untuk memansuhkan sistem pembelajaran dlm bahasa inggeris ini.

lumrah manusia,akan selalu merungut bila berhadapan kesukaran dalam sesuatu berkaitan kehidupan seharian. mereka alpa dengan kesenangan, tak mahu bersusah walau sedikit demi ilmu dll. saya sendiri sbg pelajar, merasakan mempelajari bahasa inggeris agak susah. tap dimana ada kemahuan, disitu akan ada jalan. yang penting, usaha kita untuk menjadikan jalan itu suatu kejayaan.

hujah-hujah yang dikeluarkan pihak2 yang menolak pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris menunjukkan bahawa mereka ini sangat cetek pemikirannya.
kenapa sempitkan pemikiran anda?

bahasa inggeris sangat penting kerana ia digunakan hampir semua penduduk di dunia. ada yang bertanya, mengapa bahasa inggeris dan bukannya bahasa jepun, jerman- bahasa2 negara yang terkenal dengan penemuan dari segi teknologi dan lain2?
soalan yang sangat bodoh pada saya.
sedangkan baru disuruh menggunakan bahasa inggeris yang agak senang untuk dipelajari, rakyat sudah naik angin, membut demonstrasi membantah itu dan ini..inikan pula nak mempelajari bahasa yang lebih sukar. saya menuntut di sekolah rendah cina dulu, saya tahu betapa susahnya mempelajari bahasa itu.

saya tak memahami keputusan sesetengah rakyat untuk memprotes idea ini. ianya untuk kebaikan bersama.

*terdapat ramai rakan2 yang enggan berbahasa inggeris, bebalkan diri dari mempelajarinya kerana pada mereka hidup di malaysia tidak perlu berbahasa inggeris, dan kalau mencari pekerjaan, mereka hanya akan memohon di syarikat2 melayu.sangat lawak..pendek sunggoh akal mereka di zaman yang serba moden ini. dan apabila terpaksa berhadapan dengan mereka yg tidak mampu berbahasa melayu, mereka hanya akan mengangguk dan mengiakan setiap ayat yang didengar, sedangkan ada ayat yang dituturkan bertujuan menghina mereka yang tidak memahami bahasa inggeris. what to do..dah mereka tak faham ..

No comments: