Ada depan mata tapi masih tak nampak,
Masih bersuara, tapi sumpah tak lagi kedengaran.
Masih bernyawa, tapi sumpah diabaikan.
Kasih yang tak pernah putus,
sayang yang menggunung,
harapan untuk ucapkan sendiri "Happy father's day...ABAH...",
tak mungkin akan kesampaian.
Hanya dapat aku ungkap didalam hati,
dan ingin aku sampaikan kata-kata rindu buat ayahanda yang tercinta,
bahawa anak mu ini sangat memerlukan kamu.
bahawa adik-adik ingin sekali bertemu dengan mu.
Farish, Farhan dan Farisya tak pernah berheti menanyakan dimana TOK AYAH mereka.
yang mama tak pernah walau semalam pun tidur tanpa ditemani airmata.
Ya Allah,
betapa rindunya aku pada ABAH.
betapa aku rindukan suara ABAH.
Lima hari lagi, genap umur aku 24 tahun.
Pertama kali hari lahir aku tanpa abah di depan mata.
Macam mana ramadhan aku tahun ini?
macam mana syawal aku nanti?
Ya TUHAN...
kuatkan iman kami, tabahkan hati kami.
Semoga ada sinar untuk kami.
amin...
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment