Hati siapa yang tak sedih bila tak dapat menghadiri hari konvokesyen diri sendiri setelah bertahun penat menimba ilmu di menara gading.
Luluh juga hati bila mendapat berita bahawa aku tak boleh menghadiri hari graduasi kerana pihak kolej mengatakan aku masih mempunyai baki yuran yang tertunggak dan harus dijelaskan semuanya serta yuran majlis graduasi jika ingin menaiki pentas dan menerima diploma aku di hari yang bersejarah itu.
Teman-teman sekuliah nyata sedang bergembira kerana hari graduasi semakin hampir. Tapi aku?
Hurm, aku hanya mampu tumpang gembira untuk mereka..
tapi aku tahu aku harus bersyukur.Setidak-tidaknya aku sudah berjaya menghabiskan diploma aku dengan keputusan CGPA 3.41.. Walau bukan 4.00, ak masih berbangga kerana keputusan itu ku capai dengan usaha aku, dan bukan dengan meniru atau menipu di dalam exam mahupun tugasan.. Alhamdulillah..
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment