Andai aku punya kuasa..
aku ingin kembali ke masa lalu,
aku ingin mengenali kamu,
yang selalu ada untuk aku.
Sedang aku punya dia..
tapi kamu tetap ada,
kamu selalu buat aku tertawa,
walau dalam hati sebenarnya berduka.
Andai aku punya kuasa,
aku ingin buat kamu bahagia,
walau aku tahu aku tak sebaik mana,
tapi aku ingin buat kamu selalu gembira.
Kini aku dan kamu sentiasa bersama,
walau tidak di mata,
tapi aku selalu rasa kamu ada,
kerana kamulah separuh jiwa
Andai aku punya kuasa,
aku ingin hidup bersama dan mati berdua.
Namun apakan daya,
aku cuma manusia biasa.
aku hanya mampu berdoa,
agar disatukan selamanya,
kerana kamu belahan jiwa.
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment