Hari ini masuk hari kelima di tahun 2010..tahun baru. Dua paper final exam dah pun selesai, tinggal lagi satu subjek; CRM sabtu nanti.
Sedar atau tak, tinggal beberapa hari je lagi untuk aku jalani sebagai pelajar IPTS. Tak lama lagi aku akan melangkah ke dunia baru; alam dewasa, pekerjaan/ kerjaya dll.
Hampir 2 tahun setengah di KLMU, bermacam pengalaman pahit manis dah aku tempuhi.
Setelah 2 tahun berkawan, baru aku tahu rupanya sesetengah orang yang aku anggap 'KAWAN' merupakan 'LAWAN'. Baru aku tahu perangai masing2 sebenarnya baik di depan, tapi dibelakang memang macam haram. Aku tak tahu siapa yang boleh aku percaya dan amanahkan..
Sedih dikhianati.
Sayu bila persahabatan yang aku ingat dijalin atas keikhlasan rupanya penuh dengan penipuan.
Entah dimana silapnya. Aku harap, insan2 itu sedar siapa mereka.
Tak mengapa, aku tak mati insan2 begini dalam hidup aku. Cukup dengan keluarga dan si dia serta beberapa sahabat rapat yang sentiasa ada untuk aku, aku dah cukup bersyukur. Alhamdulillah...
2009..
Aku dapat peluang untuk jumpa ramai kenalan baru, putus cinta dengan kawan abang aku sendiri, kemudian ditipu oleh teman baru yang rupanya ada skandal dengan adik angkat aku..
disaat aku dilanda masalah, si dia muncul tiba2. Bukan sehari dua aku kenal beliau, bahkan kami asalnya merupakan sahabat baik. Pada dia lah aku luahkan segala masalah dan kerisauan, pada dia aku kongsikan pengalaman hidup aku..dan akhirnya pada dia la aku kongsi kasih dan sayang.
thanx yang 4 accepting me, and loving me...
tahun lepas merupakan salah satu tahun yang amat sukar bagi aku dan keluarga. pelbagai dugaan datang bertimpa2..namun alhamdulillah, keluarga aku masih bersama, masih bahagia..masih mampu tersenyum gembira.
thanked god, syukur pada Allah swt kerana memberi aku peluang untuk merasa kasih sayang dari keluarga serta si dia...
Why I English
1 month ago
No comments:
Post a Comment