CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Hari Bapa

Ada depan mata tapi masih tak nampak,
Masih bersuara, tapi sumpah tak lagi kedengaran.

Masih bernyawa, tapi sumpah diabaikan.

Kasih yang tak pernah putus,
sayang yang menggunung,
harapan untuk ucapkan sendiri "Happy father's day...ABAH...",
tak mungkin akan kesampaian.
Hanya dapat aku ungkap didalam hati,
dan ingin aku sampaikan kata-kata rindu buat ayahanda yang tercinta,
bahawa anak mu ini sangat memerlukan kamu.
bahawa adik-adik ingin sekali bertemu dengan mu.
Farish, Farhan dan Farisya tak pernah berheti menanyakan dimana TOK AYAH mereka.
yang mama tak pernah walau semalam pun tidur tanpa ditemani airmata.

Ya Allah,
betapa rindunya aku pada ABAH.
betapa aku rindukan suara ABAH.

Lima hari lagi, genap umur aku 24 tahun.
Pertama kali hari lahir aku tanpa abah di depan mata.
Macam mana ramadhan aku tahun ini?
macam mana syawal aku nanti?

Ya TUHAN...
kuatkan iman kami, tabahkan hati kami.
Semoga ada sinar untuk kami.
amin...

Thursday, June 2, 2011

Teruskanlah

Menjadi pegangan kebanyakan manusia, walau 1001 dugaan dan cabaran melanda, pasti akan sentiasa berkata pada diri sendir, "hidup mesti diteruskan walaupun....".

Aku dah pernah melalui macam-macam cabaran seta liku-liku hidup. Kadang aku di atas, dan kadang-kadang aku dilenyek di bawah. Dan alhamdulillah, walaupun aku selalu ditimpa musibah, aku berjaya pulihkan semangat aku, i've manage to stand up again.

Tapi apa yang terjadi kali ini, aku ragu dengan keupayaan diri aku. Berkali-kali aku kata pada diri agar bangun dan teruskan hidup, tapi kenapa susah sangat nak berdepan dengan realiti when it comes to my own family issues?