CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 23, 2010

entah..

Mungkin ada yang terlupa
Aku ini juga manusia biasa
punya hati dan rasa
bukan seperti patung yang tak punya jiwa

terkilan rasa
terguris jiwa
terasa seperti wujud pun tiada guna

dilayan seperti aku tak punya rasa
diungkit segala cerita
dimaki bagai diriku tiada harga

aku juga pernah membantu mu...
aku pernah menjadi teman mu..
aku pernah menjadi tempatmu mengadu...
berkongsi segala suka duka
pahit manis
tangis dan tawa

tapi sayangkan
semua itu dilupa sekelip mata
aku dilayan sebegini rupa..
tapi tak mengapa...
akan aku simpan semua ini...
sebagai pengajaran yang berharga
supaya aku tidak lagi terkena
semoga pengalaman ini memberi 1001 pengajaran bermakna
agar aku lebih matang, sentiasa beryukur dengan apa yang aku ada..
juga semoga aku tidak alpa...

Friday, April 16, 2010

kusut!

tak tahu pada siapa hendak ku luah..
kebimbangan dan kekusutan jiwa yang melanda..
hanya pada yang esa tempat mengadu domba
tapi aku harap dia ada...
walaupun dia telah jauh dimata
rindu..
walau baru sesaat tanpa dia terasa seperti seabad lamanya..
puitiskah aku?

aku bukan mahu jadi puitis..
aku bukan mahu jadi si gedik yang terkinja-kinja minta diperhati..
aku bukan mahukan hadiah..kejutan...dibawa kesana kemari...

aku cuma mahu dia ada disisi...
apakah salah permintaan aku itu?
aku hanya mahukan sesuatu yang sama seperti dia mahukan dari aku..

Wednesday, April 7, 2010

andai..

Andai aku punya kuasa..
aku ingin kembali ke masa lalu,
aku ingin mengenali kamu,
yang selalu ada untuk aku.

Sedang aku punya dia..
tapi kamu tetap ada,
kamu selalu buat aku tertawa,
walau dalam hati sebenarnya berduka.

Andai aku punya kuasa,
aku ingin buat kamu bahagia,
walau aku tahu aku tak sebaik mana,
tapi aku ingin buat kamu selalu gembira.

Kini aku dan kamu sentiasa bersama,
walau tidak di mata,
tapi aku selalu rasa kamu ada,
kerana kamulah separuh jiwa

Andai aku punya kuasa,
aku ingin hidup bersama dan mati berdua.
Namun apakan daya,
aku cuma manusia biasa.
aku hanya mampu berdoa,
agar disatukan selamanya,
kerana kamu belahan jiwa.

Monday, April 5, 2010

7 bulan bersama...

Malam ini sangat istimewa.
Bukan ulangtahun yang pertama atau kedua.
Hanya sekadar genap sudah bulan ke tujuh dalam hubungan bersama dia.

Terkenang ketika di awal perkenalan.
Ketika di awal persahabatan.
Dan teringat bagaimana timbulnya perasaan itu.

Terasa seperti baru semalam bermula kisah kita.

Walau hanya tujuh bulan,
tapi saya bahagia bersama dia.
Walau hanya tujuh bulan,
saya sangat sayang dia.
Walau hanya tujuh bulan,
harapnya akan kekal ke akhir usia.