CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 27, 2010

mungkinkah cinta akan hilang?

mungkin pada orang lain, panggilan sayang tu tak bermasud apa2 dan tak kisah untuk diguna untuk sesiapa saja. 


tapi tidak bagi aku. aku hanya akan menggunakan nama panggilan itu untuk keluarga, teman rapar dan sayang aku...


tapi tiba-tiba, dalam 'inbox' sms handphone si dia, ada mesej bersayang'sayang antara dia dan seorang ayu...


si dia kata mereka best friend dari semester 1...lama tak jumpa..


dari mesej, nampak macam masing-masing selalu ajak keluar...jumpa...


mesej pagi, petang..malam...


seorang ayu tanya pada seorang dia: dah bangun???


seorang dia menjawab pula: dah bangun sayang...


ada juga: sayang jangan malan banyak bla3....


dan macam2 lagi...


mana mungkin hati perempuan aku tak tersentuh atau tersinggung...airmata tak terbendung...


dan ada juga gambar mereka berdua...


aku siapa??


sedangkan si dia pasti merajuk jika aku yang buat semua tu...


sumpah aku tak kan lupa....

Sunday, June 20, 2010

23rd Birthday

23 tahun aku bernafas
23 tahun aku lalui penuh suka duka
tawa ria...
23 tahun Allah SWT telah beri aku peluang...

Tapi adakah aku menggunakan peluang itu sebaiknya?

apa-apapun, Alhamdulillah...

syukur kerana masih bernafas ke saat ini...

Wednesday, June 16, 2010

surprise!

Isnin yang lalu, me and my BF beserta GFS went to Wangsa Walk Mall..had a nice lunch date at MangoChili..then enjoyed ourselves with Karate Kid...Superb movie tu, rugi tak tengok..

after movie, we had ABC and Cendol Melaka smbil gossipin...hihihi..then all of sudden my BF kata nak ke toilet...then off he go... tinggal i bertiga with my GFS...



tibe-tibe i mcm nmpk my bf....die dok mengintai2...die xpasan or lupe kot we al kat mana...i diam je, my GFS sume pakat nak tengok mana mamat nih nak pegi..then..OMG!!! kat tangan die ade sekuntum mawar merahhh...hihihihi...muke i pon naik merah...

then die dok pusing2, baru pasan we all dok tenung die, and sedar yg surprise die dah jadik xbrape nak surprise...sian my syg...

then infront of everyone die bg dat rose to me...sgt blushing!!!

but like it a lot...even its just sekuntum....love you!!!

konon comel la kite nih eaaa....hehehe...xoxo!!


p/s:
sekarang tengah berkire2 mahu menonton Lagenda Budak Setan untuk kali kedua...ngeeehehehe...

Friday, June 11, 2010

Kehilangan

Baru kelmarin aku tengok Lagenda Budak Setan. Walaupun banyak yang berbeda dari novel asal, dan filem itu tak merangkumi semua yang terkandung dalam karya agung Ahadiat Akashah itu, ia masih mampu memberi impak pada sesiapa yang menontonnya.

Babak terakhir dimana Ayu pergi menemui sang pencipta dunia amat meruntun jiwa. Dengan lagu yang menjadi latar kepada babak itu, sungguh, hati jadi sayu.

Entah kenapa sejak dari tu, setiap kali terdengarkan lagu itu, hati mula pilu. Mungkin hanya mainan perasaan kan?

Hari ini, si dia dikejutkan dengan berita pemergian datuk tercinta. Sekarang si dia sedang dalam perjalanan menuju ke kampung untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Kali terakhir, ketika si dia mengkhabarkan berita pemergian datuknya, aku juga hiba. Tidak semena, bait-bait lagu dari filem Lagenda Budak Setan seakan bermain di cuping telinga. Airmata tak dapat lagi ditahan.

Aku juga sudah kehilangan banyak insan yang tersayang. Tapi bukan itu sebab air mata ini berlinangan menuruni pipi.

Aku sayu bila memikirkan bahawa manusia tidak mampu menduga apa yang bakal terjadi. Aku juga, mungkin sesaat selepas menulis entry ini, aku akan pergi menemui illahi atau masih bernafas di bumi ini. Entah esok atau lusa, atau bila-bila sahaja akan ada orang yang aku kasihi pergi menyahut panggilan Illahi. Dan yang membuat aku lebih pilu, jika aku tidak sempat berjumpa dan bermesra, berbaik dan bermaafan, menabur bakti serta membahagiakan orang-orang yang aku kasihi sebelum aku atau mereka 'pergi'.

Manusia mudah alpa. Sering kali terlupa bahawa dunia hanya pinjaman sementara, dan akhirat itu yang kekal selamanya.Mereka mencari keseronokan dunia, keseronokan yang sementara dan hanya membawa bencana. Contoh sudah ada didepan mata. Sumbang mahram, maksiat dan zina, kes pembuangan bayi, dan di atas desakan untuk terus menikmati nikmat dunia yang fana, ada yang menderhaka pada ibubapa, sanggup memukul malah membunuh ibubapa serta orang tua. Banyak lagi yang boleh dibangkitkan. Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan.

Cuma, alangkah kesal dan terkilan rasa hati andai saat-saat atau waktu-waktu terakhir bersama orang-orang yang tersayang dan tercinta tidak aku gunakan dengan sebaik mungkin. Malah lebih menyedihkan jika aku selalu menambah duka dihati mereka ini?

Pepatah ada mengatakan, kita tidak akan sedar apa yang ada didepan mata, apa yang kita ada, sehinggalah kita kehilangannya.

Aku ingin sekali membahagiakan mereka hingga akhir usia. Insya'allah..

Tuesday, June 8, 2010

Sunday, June 6, 2010

We're 9-Months!!!



270 hari!!


kita berjaya mengharungi 270 hari ni bersama!


harap2 dapat kekal sampai akhir usia...


kerana kamu belahan jiwa! <3

Saturday, June 5, 2010

Lirik : Hilangnya Cintaku- Filianti Vlee (OST LBS)

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Wednesday, June 2, 2010

Counting days

Tinggal 4 hari lagi..dan genaplah 9 bulan bersama...

kemudian, sepatutnye ade countdown untuk konvo, lebih kuran 11 hari lagi...

selepas itu, ulangtahun aku yang ke 23 pula menjelma, lagi 15 hari...

apa yang akan jadi nanti?