CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 29, 2010

kenapa?

kenapa apa yang aku luahkan selalunya mengakibatkan kelukaan dan kehampaan serta kesedihan pada orang lain?

Thursday, May 27, 2010

sepi lagi..

Mei hampir berakhir, namun hidup masih tidak berubah. Entah aku yang menolak rezeki atau mungkin itu semua memang bukan rezeki aku. Aku redha, tapi kecewa juga. Satu demi satu perkara yang menyedihkan muncul bertimpa-timpa. Ingin aku luahkan, tapi pada siapa? Belum pun sempat aku membuka mulut, hati mula berbisik, "bolehkah aku berkongsi dukaku bersama mereka? Mereka juga punya kerunsingan dan kesedihan yang mungkin aku sendiri tidak tahu-menahu". Lalu aku pendamkan saja segala masalah yang semakin meruntun jiwa. Aduh, kenapa susah benar menyimpan semua ini sendiri?

Bunga-bunga cintaku masing-masing punya masalah dan isu sendiri, mereka juga keluarga ku dunia akhirat. Apakah aku sanggup melibatkan mereka dalam kesusahan yang aku alami? Tentu sekali tidak.

Belahan jiwaku masih muda. Masih jauh perjalanannya. Mungkin antara aku dan dia hanya dua tahun berbeza dari segi usia. Namun padaku, dia tetap masih mentah. Bukan ingin mendabik dada, dan mengatakan ilmu sudah penuh didada ataupun aku ini sudah merasa asam garam dunia. Aku cuma mahukan yang terbaik untuk dia. Bukankah itu yang kita mahukan untuk setiap insan yang kita cinta?

Ingin sekali aku lari dari dunia nyata ini. Dan singgah sebentar di dunia fantasi. Aku selalu mengharap ini semua suatu mimpi. Tapi, apakah aku rela jika semua yang telah terjadi sepanjang hidupku ini sekadar mimpi yang tak mungkin menjadi realiti?

Wednesday, May 26, 2010

new blog!!

i think i wanna have or set up a 2nd blog..where all my entry (insya'allah..hihi..no promises...) will be less lovey-dovey-soppy-drama...or soap-opera-like-entry..hihihi..wish me luck!!!

Friday, May 21, 2010

8 Bulan 2 Minggu dan 1 hari bersama!

Seumur hidup aku, belum pernah aku date di mana-mana muzium, apatah lagi muzium negara. Tapi hari ini, ia bukan sahaja yang pertama bagi aku, tapi yang pertama bagi dia juga..
Walau sekadar Pameran Keranda..huhuhu, tapi tetap thrill juga..sayang ayang lebih taw! xoxo!

Thursday, May 20, 2010

3 tahun

Apa akan jadi 3 tahun akan datang? Apakah segala yang dirancang akan jadi kenyataan? atau sekadar mimpi?

sekarang pun masih belum nampak apa-apa perubahan ke arah itu..hidup masih bercelaru..kenapa harus runsing memikirkan itu?

Wednesday, May 19, 2010

Convocation'10

Hati siapa yang tak sedih bila tak dapat menghadiri hari konvokesyen diri sendiri setelah bertahun penat menimba ilmu di menara gading.
Luluh juga hati bila mendapat berita bahawa aku tak boleh menghadiri hari graduasi kerana pihak kolej mengatakan aku masih mempunyai baki yuran yang tertunggak dan harus dijelaskan semuanya serta yuran majlis graduasi jika ingin menaiki pentas dan menerima diploma aku di hari yang bersejarah itu.
Teman-teman sekuliah nyata sedang bergembira kerana hari graduasi semakin hampir. Tapi aku?
Hurm, aku hanya mampu tumpang gembira untuk mereka..
tapi aku tahu aku harus bersyukur.Setidak-tidaknya aku sudah berjaya menghabiskan diploma aku dengan keputusan CGPA 3.41.. Walau bukan 4.00, ak masih berbangga kerana keputusan itu ku capai dengan usaha aku, dan bukan dengan meniru atau menipu di dalam exam mahupun tugasan.. Alhamdulillah..

menunggu

sentiasa menunggu..tah sampai bila boleh menahan dengan hanya menunggu..

benarkah cinta membuat kita alpa dan mementingkan diri?

Tuesday, May 18, 2010

Selepas p2i

23hb April yang lalu, berakhir sudah tempoh latihan industri di P2iOnline, Cyberjaya. Banyak yang telah aku pelajari..semoga aku dapat berubah menjadi seorang yang lebih produktif, disiplin, rajin, bertanggungjawab..efisien..dll....amin~~